Monday, August 31, 2009
Dalam ketandusan hati mencari kelebihan dari rezeki yang dilimpahkan Ilahi kepada kita, patutlah kita berterima kasih kepada Sang Penguatkuasa ( Kerajaan) yang sudahpun meluluskan Kadar kenaikkan Tambang Teksi. Dan semoga dengan pemberian ini, terbelalah anak-anak kami yang mana Orang Tuanya adalah Pemandu Teksi. Dan atas segala keperihatinan terhadap nasib sang PemanduTeksi ini, kami ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada pihak Penguasa. Semoga Allah Subhanahu Wataala melimpahkan rahmatnya kepada kita semua. Dan semoga tidak ada lagi jurang pemisah antara Pemandu Teksi dan Golongan menengah. Amin ya rabb........!. Kepada semua Sahabat-sahabatku Pemandu Teksi Lembah Kelang yang mungkin punya permasalahan yang tak terpecahkan, silalah berikan pendapat anda. Insya Allah tidak ada kusut yang tak terurai, tidak ada masalah yang tak terselesaikan. Bak kata pepatah : " bulat air dipembetungan, bulat kata kerana muafakat." Dengan segala hormatnya saya secara peribadi mengalu-alukan rakan senasib, bersamalah kita menjayakan dan mengikuti blog yang sederhana ini, akhirul kalam Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

terima kasih aje le kalau saya diperkenan ikut blog ini, pasal saya juga pengayuh teksi macam awak.
ReplyDelete